![]() |
Penyediaan buku rancangan mengajar atas talian dengan menggunakan LMS (untuk guru SKJL)
![]() ![]() ![]() ![]()
Zunira/Facebook /Blog Hayati/Facebook M. Nazri/Facebook Muhazilina/Facebook Mokhtar/Facebook A. Hadi/Facebook
|
Sukan tahunan SK. Jambu Lawar penuh meriah Khamis, 3 Jun 2010.
Sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar berjalan lancar dan penuh meriah. Selain daripada acara yang adakan untuk prasekolah, tahap satu dan tahap dua acara untuk kaum ibu dan bapa juga tidak ketinggalan. Kaum bapa menunjukkan kekuatan dalam acara tarik tali sementara kaum ibu pula dalam acara isi air dalam botol. Perjalanan sukan tahun ini turut dipantau oleh En. Zainudin b. Mat Jusoh dan Pn. Ruhaiza bt. Isa daripada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. ![]() Wakil rumah hijau dalam perbarisan lintas hormat. Rumah hijau muncul johan perbarisan...tahniah. ![]() Lawatan pemantauan biasa En. Analiz b. Alias dari TSS dan pegawai meja Jabatan Pelajaran Kelantan ![]() Semasa Pendaftaran Mesyuarat Agung PIBG ke-31 Rabu,5 Mei 2010. Mesyuarat agung PIBG SK. Jambu Lawar bagi kali yang ke-31 berjalan lancar dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Mesyuarat telah dirasmkan oleh En. Iriandi b. Datuk Ismail, mewakili Datin Rahimah bt. Hj. Muhamad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang pentingnya semua pihak bekerjasama dalam memajukan pendidikan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. En. Iriandi juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam kemajuan pendidikan sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan menandakan keperihatinan kerajaan kepada rakyat. Dalam majlis yang sama, Hjh Noridah bt. Burok, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Turut hadir dalam majlis itu ialah En. Abdullah b. Ahmad dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang. ![]() Terlalu ramai Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar telah dipilih sebagai lokasi program Jelajah kewangan Bank Rakyat 2010. SK. Jambu Lawar dipilih berdasarkan jumlah simpanan murid terbanyak untuk tahun 2009. 3000 peserta telah mengambil bahagian dalam Seronoknya Mewarna Nuri iaitu dari tahap pra sekolah hingga tahun 6. Di samping itu 200 peserta terlibat dalam progran Kem bola sepak dan 200 peserta terlibat dalam program motivasi UPSR. Turut memeriahkan program ialah pemeran jualan seperti barang makanan, kosmetik, produk kesihatan dan kenderaan . AADK juga turut dalam pameran. Adabi dan Nestle menyediakan nasi goreng dan minuman percuma sepanjang program berlansung. Hadiah disampaikan oleh En. Aziz b. Ab. Rahman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Machang.
Anda pengunjung yang ke .... Jangan lupa tarikh hari ini
![]() ![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]() |
Hakcipta
Terpelihara © 2010 - Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar
PENAFIAN:
Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar tidak
akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman
web ini.
Paparan Terbaik Menggunakan IE5+ atau Mozilla
Resolusi 1024 x 768